MOSCOW - Rusia mendakwa Abu Bakr Al-Baghdadi sebagai 'watak rekaan' Amerika Syarikat (AS) dan Moscow menegaskan mereka masih tidak dapat mengesahkan tentang kematian pemimpin Daesh tersebut seperti didakwa Washington.
Semalam, Menteri Luar, Sergei Lavrov berkata, mereka mahu maklumat tambahan tentang pembunuhan Al-Baghdadi di tangan tentera AS.