Sultan Johor bagi mesej tegas! 'Ini dewan mulia, bukan dewan sangkar beruk'
Iklan
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memberi mesej tegas kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu dalam pembukaan persidangan keempat Dewan Negeri Johor pada hari Khamis.
Sultan Johor bertitah, jika ADUN-ADUN Johor hanya memikirkan kedudukan diri sendiri berbanding berkhidmat kepada rakyat adalah lebih baik tidak perlu ada wakil rakyat di negeri itu.