Cendawan 69kg ditemui di Sepanyol

Iklan
Cendawan seberat hampir 69kg itu kini dipamerkan di Restoran Aurea, Leon.

LEON - Seorang chef di Sepanyol dilaporkan menemui cendawan terbesar di dunia seberat hampir 69 kilogram (kg).

Spesimen daripada keluarga Meripilus giganteus itu dijumpai di bandar Santa Lucia de Gordon dekat wilayah Leon.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media tempatan, chef Sergio Martinez Valledor menemui cendawan itu ketika sedang bersiar-siar di hutan berhampiran dan membuat keputusan untuk memetik kulat tersebut dengan bantuan beberapa orang rakannya beberapa hari kemudian.

Valledor berkata, dia terpaksa memotong cendawan itu kepada dua bahagian bagi memudahkan ia dimasukkan ke dalam kereta.

Iklan

"Cendawan ini tidak boleh dimasak kerana terlalu besar. Mana-mana saintis yang berminat untuk mengkaji spesimen itu juga dialu-alukan," katanya.

Meripilus giganteus yang ditemui oleh Valledor mengatasi rekod terdahulu seberat 23kg dan ia kini dipamerkan di Restoran Aurea di Leon. - Agensi

Iklan