PN ibarat pesakit ICU, dah terlambat untuk diselamatkan: PH
Iklan
SHAH ALAM - Tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewujudkan kerjasama rentas parti antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan parti di luar kerajaan sudah dianggap terlambat untuk dipertimbangkan Pakatan Harapan (PH).
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago daripada DAP sebaliknya berpandangan status kerajaan PN kini diibaratkan seperti pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU) yang sudah terlambat untuk diselamatkan oleh doktor di hospital.