Tiada berita PM sudah letak jawatan: Zuraida
Iklan
SHAH ALAM - Dua menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengesahkan tiada agenda mesyuarat Kabinet tergempar dijadualkan diadakan pada petang Sabtu sebagaimana ditularkan dalam media sosial.
Bahkan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin turut menolak dakwaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menandatangani surat peletakan jawatan pada Sabtu.