Khidmat terakhir seorang anak
Iklan
KEWAJIPAN berbuat baik terhadap ibu bapa adalah suatu ketetapan daripada ALLAH SWT kepada anak-anak. Lahirnya seorang anak ke dunia adalah disebabkan adanya mereka dan dengan kasih sayang mereka, anak itu dapat hidup dengan sempurna.
Oleh sebab itulah ALLAH SWT meletakkan kedudukan ibu bapa cukup tinggi, hanya satu darjah di bawah tanggungjawab seorang hamba kepada ALLAH dan rasul-Nya.