Diplomasi digital perlu dipantau

Iklan
Diplomasi boleh ditakrifkan sebagai usaha negara-negara untuk mempengaruhi tindakan negara-negara lain. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai pengendalian hubungan antara negara-negara secara aman melalui perwakilan rasmi. Gambar hiasan 123rf.

DALAM hubungan antarabangsa, diplomasi boleh ditakrifkan sebagai usaha negara-negara untuk mempengaruhi tindakan negara-negara lain. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai pengendalian hubungan antara negara-negara secara aman melalui perwakilan rasmi.

Diplomasi mempunyai empat fungsi utama – mengadakan rundingan di peringkat antarabangsa, bertindak sebagai perwakilan rasmi negara, membantu mengumpul maklumat di luar batasan sempadan negara dan berusaha untuk peningkatan kepentingan negara di luar negara.

Semua negara di dunia mengadakan hubungan luar dengan negara lain dan menghantar perwakilan atau diplomat menguruskan kepentingan negara di luar batasan sempadan.

Diplomat diutus untuk mengadakan rundingan dan membuat perjanjian bagi pihak negara mereka, selain ditugaskan mengumpul informasi dan meningkatkan hubungan persahabatan dengan negara tuan rumah. Misi diplomatik diketuai oleh seorang duta atau pesuruhjaya tinggi dalam kalangan negara-negara Komanwel.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.