Dah lama Amanah dilamar fraksi PN bentuk kerajaan: Khalid Samad
Iklan
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan parti itu sudah lama didekati dan dilamar oleh sebilangan pemimpin Perikatan Nasional (PN) bagi menyokong kerjasama membentuk kerajaan dengan fraksi itu.
Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menegaskan tawaran dan lamaran dikemukakan fraksi PN itu sejak setahun lalu tidak pernah dilayan dan dirunding secara serius.