Nasib malang Presiden Afghanistan disingkirkan Taliban
Iklan
PRESIDEN Afghanistan, Ashraf Ghani sebelum ini merupakan seorang pakar akademik dan ekonomi yang akan membantu pentadbiran negara-negara lemah sehingga diklasifikasikan sebagai negara gagal.
Bagaimanapun ironinya, Ghani, 72, yang dipilih buat penggal pertama kalinya sebagai Presiden Afghanistan pada tahun 2014 bagi menggantikan Hamid Karzai, akhirnya menyaksikan pentadbirannya tumbang pada Ahad lalu.