Pecutan terakhir kini hanya tertumpu Anwar, Ismail Sabri
Iklan
Siapa bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri baharu Malaysia kini hanya tertumpu kepada ahli Parlimen Bera dan Port Dickson itu
KEPUTUSAN siapa calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk dipilih secara sebulat suara sebagai calon Perdana Menteri kesembilan pada malam Selasa akhirnya membuka laluan pecutan terakhir hanya kepada dua orang tokoh sahaja iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keputusan untuk memilih Naib Presiden UMNO itu mengatasi dua tokoh lagi iaitu Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah satu keputusan yang besar dan signifikan.