114 MP menghadap Agong, nama Ku Li tiada dalam senarai
Iklan
SHAH ALAM - Senarai nama 114 orang ahli Parlimen daripada parti yang menang selepas dikatakan menyokong dan menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan diperoleh media pagi ini.
Dalam salinan PDF bertajuk 'Kehadiran Ahli Dewan Rakyat Ke Istana Negara' itu, ahli Parlimen daripada parti UMNO, Bersatu, Gabungan Parti Sarawak, Pas, MCA, MIC, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Bebas dipecahkan kepada lima kumpulan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.