Siapapun PM baharu, peluang tubuh Majlis Pemulihan Negara tetap ada: Mukhriz
Iklan
SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih berkeyakinan sebuah Majlis Pemulihan Negara (MPN) berbentuk seakan-akan Majlis Gerakan Negara (Mageran) masih mampu direalisasikan meskipun seorang Perdana Menteri baharu akan dilantik kelak.
Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, hal ini kerana Perdana Menteri baharu itu bakal berdepan cabaran besar untuk mendapatkan undian mencukupi setiap kali keputusan Jemaah Menteri kerajaan baharu itu dibawa ke dalam sidang Parlimen.