Bersatu ditawar jawatan penting? Terserah kebijaksanaan PM baharu, ketua-ketua parti
Iklan
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal menyerahkan soal pemberian jawatan penting kerajaan terhadap parti itu kepada kebijaksanaan Perdana Menteri kesembilan yang bakal dilantik serta ketua-ketua parti membentuk kerajaan baharu.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, beliau merasakan Perdana Menteri baharu dan ketua-ketua parti akan membuat satu keputusan terbaik bagi memantapkan pengurusan negara dalam fasa rakyat berjuang menangani ancaman krisis Covid-19.