Misi Ismail Sabri jadi PM tercapai, Nazri Aziz bakal bersara politik?
Iklan
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang lantang mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, difahamkan sedang menimbang kemungkinan untuk bersara daripada dunia politik.
Perkara itu didedahkan oleh sumber Barisan Nasional (BN) yang rapat dengan beliau, kepada Sinar Premium pada Rabu.