Memugar jiwa merdeka
KEHADIRAN bulan Ogos dan September dinantikan saban tahun yang sinonim dengan sambutan Bulan Kebangsaan.
Pelbagai program dijana, namun pengertian kemerdekaan meniti di bibir hanya dalam tempoh hampir 47 hari sebelum menjelang tarikh 16 September.
Sempena menyambut Bulan Kebangsaan, elok rasanya kita mengimbau kembali sejarah tanah bertuah ini yang dibina atas darah dan keringat pejuang-pejuang terdahulu. Barangkali bagi segelintir pihak, peristiwa itu hanya merupakan secebis peristiwa lapuk yang tidak membawa sebarang pengertian.
Tamadun Melayu sudah mencerminkan kegemilangan identiti bangsa dari aspek politik dan sosioekonomi. Kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia menjadi tunjang perpaduan dalam sesebuah masyarakat majmuk dan direalisasikan melalui kerjasama serta tolenrasi.