Kebijaksanaan Agong jayakan gencatan politik Ismail Sabri-PH
Iklan
SHAH ALAM – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) memuji kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong yang memainkan peranan besar dalam menjayakan perjanjian gencatan politik di antara kerajaan baharu dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ketua-ketua parti dalam Pakatan Harapan (PH) pada Rabu.
Presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, perkara itu dapat dibuktikan menerusi beberapa titah Yang di-Pertuan Agong sebelum pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, yang acapkali menekankan keperluan semua parti untuk bersatu bagi mewujudkan politik ‘aman dan nyaman’ pada saat negara mendepani tri-krisis terburuk akibat pandemik Covid-19.