Yang baharu, yang kekal dan yang gugur
SHAH ALAM - Teka-teki dan debaran kabinet baharu Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya terjawab tepat jam 11 tadi.
Ada yang kekal, ada yang gugur. Ada juga muka baharu, ada juga muka lama. Ada yang kata kabinet kitar semula, ada juga nampak sikit segar.
Kami membantu anda untuk menganalisis kabinet PM-9 Malaysia.
1. MUKA BAHARU/BUAT COME BACK MENTERI:
Menteri Belia dan Sukan: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Shahidan Kassim
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Senator Idris Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Tan Sri Noh Omar
Menteri Pembangunan Luar Bandar : Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Jalaluddin Alias
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II: Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
Timbalan Menteri Pendidikan II: Datuk Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Kewangan II: Yamani Hafez Musa
2. MENTERI/TIMBALAN MENTERI DIGUGURKAN:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas): Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Menteri Agama: Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Datuk Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri Kewangan I: Datuk Abdul Rahim Bakeri
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan: Datuk Che Abdullah Mat Nawi
Timbalan Menteri Perpaduan Negara: Datuk Seri Tiong King Sing
3. MENTERI/TIMBALAN MENTERI TERLIBAT PERTUKARAN PORTFOLIO:
Menteri Kanan Pertahanan : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (sebelum ini Menteri Kanan Luar Negeri)
Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin (sebelum ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (sebelum ini Menteri Belia dan Sukan)
Menteri Tenaga dan Sumber Asli : Datuk Seri Takiyuddin Hassan (sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Menteri Luar Negeri : Datuk Saifuddin Abdullah (sebelum ini Menteri Komunikasi dan Multimedia)
Menteri Komunikasi dan Multimedia : Tan Sri Annuar Musa (sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Seri Dr Adham Baba (sebelum ini Menteri Kesihatan)
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Zuraidah Kamaruddin (sebelum ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (sebelum ini Menteri Pembangunan Luar Bandar)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) : Datuk Seri Wan Junaidi Wan Jaafar (sebelum ini Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Arthur Joseph Kurup (sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) : Datuk Eddin Syazlee Shith (sebelum ini Timbalan Menteri Kerja Raya(
Timbalan Menteri Pengangkutan : Datuk Henry Sum Agong (sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar)
Timbalan Menteri Alam Sekitar: Datuk Dr Mansor Othman (sebelum ini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi : Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (sebelum ini Timbalan Menteri Alam Sekitar)
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar: Datuk Hasbi Habibullah (sebelum ini Timbalan Menteri Pengangkutan)
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Muslimin Yahaya (sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan II)
Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu (sebelum ini Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan)
Timbalan Menteri Perpaduan Negara: Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
Timbalan Menteri Belia dan Sukan : Senator Datuk Seri Ti Lian Ker (sebelum ini Timbalan Menteri Perpaduan Negara)