Uniknya Tun Malaysia dan Tun Mardeka
Iklan
SHAH ALAM - Tidak mudah untuk gadis remaja membesar dengan nama yang cukup unik serta istimewa, namun itulah pahit manis yang dilalui oleh dua beradik yang diberi nama Malaysia dan Mardeka hasil semangat patriotik kedua ibu bapa mereka.
Bertugas sebagai seorang pengurus bank, Tun Malaysia Venecia Zaman Riera, 24, berkata, nama yang dimilikinya mempunyai impak yang besar dalam dirinya kerana sering diejek sewaktu zaman persekolahan, namun ia menerapkan semangat patriotik di samping identiti diri yang istimewa baginya.