Rosyam Nor buat sidang media esok, jelas isu pasar raya

Iklan
3

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor akan mengadakan sidang media esok bagi menjelaskan isu pasar raya ST Rosyam Mart yang tular di media sosial.

Selain Rosyam, sidang media itu akan turut dihadiri pihak ST Rosyam Mart Sdn Bhd.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, tular di media sosial mengatakan pasar raya tersebut dimiliki oleh peniaga bukan Melayu.

Manakala, Rosyam yang terkenal melalui filem Castello itu merupakan duta untuk tujuan menarik pasaran Melayu.

Iklan

ST Rosyam Mart yang dibuka 24 jam sehari di Setiawangsa mula beroperasi sejak pertengahan tahun lalu.

Pasar raya ini pernah diserbu pelanggan kerana menawarkan seekor ayam dengan harga 80 sen sahaja.

Iklan

Dalam temu bual dengan media sebelum ini, Rosyam dilaporkan berkata, ST Rosyam Mart merupakan cubaan pertamanya membuka pusat borong dengan usaha sama syarikat Sri Ternak.

Katanya, sebagai artis dan selebriti, beliau akan memberikan lebih tumpuan dalam aspek penjenamaan serta promosi.