Sejuta 'berputih mata' gagal buat lesen memandu
Iklan
SHAH ALAM - Lebih satu juta individu tidak dapat menjalani ujian memandu dan seterusnya memperoleh lesen kerana institut memandu di seluruh negara tidak beroperasi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu.
Keadaan tersebut telah menyebabkan kesukaran kepada rakyat terutama generasi muda yang amat memerlukan lesen memandu untuk mencari rezeki.