Terjawab persoalan nama Parit
Iklan
OLEH kerana kebanyakan kampung telah diawali dengan panggilan parit maka kampung-kampung baharu pun diawali dengan sebutan ‘parit’. Malah ada juga kampung-kampung yang disebut ‘Parit Bugis’ tetapi penduduknya adalah orang Jawa. Ini terdapat di Pontian dan Muar.
Keadaan ini berlaku apabila beberapa orang Bugis memulakan penerokaan kampung ini tetapi kemudiannya meninggalkannya kerana tidak ramai orang sesama suku Bugis menyertainya di kawasan berkenaan lalu diambil alih dan diteruskan oleh orang Jawa.