BANGKOK - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertemu rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prayuth Chan-o-cha, di luar Sidang Kemuncak Asean ke-35 dan Sidang Kemuncak berkaitan di sini.
Difahamkan dalam pertemuan yang berlangsung 45 minit di Pusat Konvensyen dan Pameran IMPACT itu, kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama termasuk keperluan untuk mengukuhkan usaha sama ekonomi dua hala.