Nazri ramal UMNO dan Bersatu akan bergabung sebelum PRU15
Iklan
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meramalkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bergabung di bawah satu parti sebelum pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pandangan itu dikemukakan Mohamed Nazri susulan beliau menganggap Bersatu sendiri merupakan parti serpihan UMNO dengan semua ahli parti tersebut memiliki DNA parti Melayu terbesar itu selama ini.