PM Taliban, dua timbalan bukan 'calang-calang orang'
Iklan
MULLAH Mohammad Hassan Akhund yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Luar Taliban ketika pergerakan itu memerintah Afghanistan dari tahun 1996 hingga 2001 telah diumumkan sebagai Perdana Menteri sementara negara itu pada Selasa lalu.
Beliau sudah berada dalam senarai sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana peranannya dalam kerajaan Taliban sebelum ini yang memerintah negara tersebut sebelum disingkirkan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya.