Johor cuti peristiwa menang Piala Malaysia

Iklan
Pemain JDT meraikan kejayaan pasukan memenangi Piala Malaysia sebentar tadi. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengumumkan esok (3 November) sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi Piala Malaysia musim ini, malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani berkata, pemberian cuti itu juga dilakukan sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Iklan
Iklan

"Pemberian cuti peristiwa ini juga dibuat sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan JDT yang telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT dalam mengharumkan nama negeri ini.

"Keputusan pengisytiharan cuti juga adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369),” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Iklan

Terdahulu, Skuad JDT berjaya mengulangi kejayaan sama pada tahun 2017 selepas membenam Kedah 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

Gol Harimau Selatan masing-masing dijaringkan penyerang import, Leandro Velasquez, Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: JDT terlalu hebat buat Kedah