Sudah masanya kita tutup zoo?
Iklan
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini mencetuskan polemik apabila mengatakan sudah tiba masanya untuk kerajaan menutup zoo di negara ini kerana ia merupakan peninggalan kuno yang menelan belanja besar selain menyebabkan haiwan teraniaya.
Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, apa tujuannya melindungi hidupan liar di dalam kurungan ketika habitat semula jadinya dijarah dan dieksploitasi?