Ujian pertama Ismail Sabri di Parlimen
Iklan
PERSIDANGAN semula Parlimen yang bakal berlangsung pada Isnin ini, pastinya menjadi tumpuan satu Malaysia setelah negara menyaksikan peralihan kepimpinan Perdana Menteri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Persidangan ini penting, susulan terdapat begitu banyak perkara utama yang belum diputuskan kerajaan selain penentuan jawatan Timbalan Speaker yang dikosongkan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.