Kanak-kanak boleh buta jika sedut bekalan oksigen lebih 21 peratus
Iklan
SHAH ALAM - Penjualan atau pembelian bekalan oksigen tanpa mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengundang bahaya kepada pengguna.
Bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Profesor Datuk Dr M Subramaniam berkata, sekiranya kandungan oksigen tidak diberikan mengikut prosedur ditetapkan, ia boleh menyebabkan cacat penglihatan bagi golongan kanak-kanak.