Pendapatan kasar isi rumah merosot 80 peratus jika asing T20
Iklan
SHAH ALAM - Beberapa pakar ekonomi berpandangan kadar purata penurunan pendapatan isi rumah kasar bulanan yang mencecah 10.3 peratus pada tahun 2020 secara realitinya berkeadaan lebih parah sekiranya kelompok golongan berpendapatan tinggi (T20) diasingkan daripada kajian Jabatan Perangkaan Malaysia.
Pakar Ekonomi daripada Asia e-University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, pihaknya tidak mengenepikan ketelusan fakta dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Parlimen pada Selasa kerana kadar purata penurunan 10.3 peratus itu adalah seiring dengan kadar penguncupan ekonomi negara sebanyak -6 peratus pada tahun lalu.