Apa UAE dapat selepas jalin hubungan dengan Israel
Iklan
PADA Rabu lalu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) memasuki tahun pertama menjalin hubungan dengan Israel selepas menandatangani perjanjian pada 15 September 2020 di Rumah Putih, Washington, Amerika Syarikat (AS).
Melalui pemeteraian perjanjian itu, UAE yang merupakan anggota Liga Arab turut mengiktiraf kewujudan negara haram itu tetapi ia mencetuskan kemarahan penduduk Palestin yang menentang rejim Zionis.