Peguam Negara sebagai Menteri Undang-Undang solusi atau retorik
Iklan
CADANGAN mengembalikan amalan pelantikan Peguam Negara sebagai Menteri Undang-Undang adalah solusi terbaik bagi memulihkan integriti sistem perundangan negara susulan konvensyen itu pernah terbukti keberkesanannya pada zaman pentadbiran Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.
Bagaimanapun, pakar undang-undang veteran, Profesor Datuk Dr Salleh Buang berpendapat cadangan itu perlu dilaksanakan bersekali dengan cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.