Memartabatkan Keluarga Malaysia

Iklan
Tanggal 31 Ogos dan 16 September membuktikan perpaduan seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama turut serta meraikan acara patriotisme dan menjadi rakyat nasionalis yang cintakan negara. (Gambar kecil: Shafezah)

PERPADUAN dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik berbeza untuk mencapai matlamat bersama.

Dalam kata lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat Malaysia untuk membentuk satu keluarga dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Jika dilihat secara umum, Malaysia merupakan antara negara yang terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang membangun pesat. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan bahkan turut terlibat dalam menangani permasalahan yang dialami masyarakat antarabangsa.

Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang unik dengan kepelbagaian. Walaupun rakyat berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai. Inilah kekuatan bangsa Malaysia! Dalam pelbagai isu berkaitan masalah perpaduan kaum di Malaysia lewat kebelakangan ini, tidak adil untuk kita menghukum negara atas kepercayaan bahawa masyarakat kian berpecah.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.