Cadangan Timbalan Speaker ketiga solusi rundingan UMNO-PN: Tajuddin
Iklan
Tajuddin
KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menangguhkan pelantikan Timbalan Speaker Parlimen kedua serta bercadang mewujudkan jawatan Timbalan Speaker Parlimen ketiga adalah bertujuan membolehkan calon UMNO untuk jawatan itu, disokong ahli-ahli Parlimen blok kerajaan.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman susulan beliau mengakui Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak mendapat sokongan sebahagian besar ahli Parlimen blok kerajaan bagi dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen kedua.