FOKUS - SEMASA Apa beza Sajat, pelarian Rohingya?

Iklan
Mandat UNHCR adalah untuk melindungi pelarian yang tidak mempunyai pilihan selain lari dari negara asal dan tujuan utama adalah untuk mengiktiraf status orang pelarian dan pemohon suaka yang perlukan perlindungan antarabangsa.

Usahawan kosmetik dalam buruan pihak berkuasa Malaysia dipercayai pegang kad UNHCR

SHAH ALAM - Penahanan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat di Bangkok, Thailand membawa kepada penemuan usahawan kosmetik dalam buruan itu kini memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Malah, Nur Sajat, 36, turut mendapat bantuan guaman dari suruhanjaya itu di Bangkok.

Isu mengenai kad UNHCR dalam negara sebelum ini hangat diperdebatkan melalui keberadaan etnik Rohingya yang menjadi pelarian perang sejak sekian lama.

Sehingga Mac tahun lalu, terdapat seramai 179,521 pemegang kad UNHCR yang tinggal secara sementara di Malaysia dan daripada jumlah itu, sejumlah 56.6 peratus atau 101,584 orang adalah daripada etnik Rohingya.

Jumlah itu bukan jumlah sebenar etnik Rohingya yang berada di setiap pelosok negara.

Berdasarkan kenyataan UNHCR di laman sesawang, setiap negara mempunyai hak berdaulat untuk mengendalikan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di wilayahnya, termasuk mengusir mereka yang menyalahi undang-undang imigresen.

"Tetapi di bawah undang-undang adat antarabangsa, setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk tidak memaksa pulang orang pelarian ke situasi di mana nyawa atau kebebasannya terancam - tanpa mengira sama ada negara itu adalah pihak kepada Konvensyen 1951 Berkaitan Orang Pelarian atau tidak,” menurut suruhanjaya itu.

Guna alasan diugut

Berdasarkan sumber yang didedahkan oleh akhbar tempatan, alasan sebenar Nur Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia kerana mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam, selain diburu lebih 100 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Alasan berkenaan adalah sama seperti keberadaan etnik Rohingya yang memegang kad UNHCR di Malaysia.

Dokumentasi UNHCR adalah untuk satu tujuan sahaja, yakni mengiktiraf status orang pelarian dan pemohon suaka yang perlukan perlindungan antarabangsa.

Dokumen UNHCR membantu melindungi orang pelarian dan pemohon suaka dari diusir ke negara asal di mana kebebasan atau nyawa mereka mungkin terancam.

"Ini dikenali sebagai prinsip non-refoulement dalam undang-undang adat antarabangsa. Setiap negara terikat kepada undang-undang adat antarabangsa tanpa mengira sama ada ia menandatangani Konvensyen 1951 Berkaitan Status Orang Pelarian atau tidak.

"Kad UNHCR bukan lesen memandu, dokumen undang-undang, dokumen perjalanan, atau permit penetapan. Ia tidak memberi pemegangnya kekebalan daripada tindakan undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun menurut UNHCR, pemegang kad itu tidak terkecuali daripada undang-undang dan orang pelarian harus mematuhi undang-undang negara tuan rumah.

"Namun mereka tidak akan kehilangan kad pelarian secara automatik jika mereka melakukan jenayah.

"Terdapat sebab-sebab tertentu yang menyebabkan seseorang itu terkecuali dari perlindungan antarabangsa, seperti jika dia melalukan jenayah yang melanggar keamanan, jenayah peperangan, jenayah terhadap kemanusiaan, atau lain-lain sebab yang serius.

"Tetapi jika mereka melakukan jenayah tidak serius, dan telah didapati bersalah melalui prosiding undang-undang, maka orang pelarian itu dijangka menjalani proses perundangan, seperti mana-mana orang lain yang tinggal di negara itu,” katanya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.