Polis pukul pemandu ambulans di Sumatera Utara

Iklan
Tindakan seorang anggota polis menahan dan merampas kunci ketika sebuah ambulans menghantar pesakit di Sumatera Utara membangkitkan kemarahan netizen di Indonesia. - Foto Agensi

MEDAN - Tindakan seorang anggota polis menahan dan merampas kunci ambulans dalam kejadian di Sumatera Utara membangkitkan kemarahan netizen Indonesia.

Insiden yang berlaku semalam di Jalan KF Tendean, Tebing Tinggi itu turut dirakam dan tular selepas ia dimuat naik ke laman media sosial.

Iklan
Iklan

Dalam rakaman berdurasi 23 saat itu, pemandu ambulans berkenaan berang kerana ditahan tanpa sebab ketika sedang menjalankan tugas.

Anggota polis berkenaan kemudian bertindak di luar dugaan apabila merampas kunci kenderaan dan memukul pemandu terbabit.

Iklan

"Kami bawa pasien (pesakit) ini," kata seorang lagi kakitangan hospital yang turut berada dalam ambulans berkenaan.

Difahamkan, ambulans tersebut dalam perjalanan menghantar pesakit dari Hospital Sri Pamela ke Hospital Kumpulan Pane di Tebing Tinggi.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Tebing Tinggi, Asisten Komisioner Sunadi mengesahkan kejadian tersebut tercetus gara-gara salah faham, namun keduda-duanya dipertemukan bagi meleraikan salah faham.

"Kejadian bermula selepas pemandu ambulans menghidupkan bunyi siren ketika berlaku macet (kesesakan jalan raya).

"Pertemuan itu diselesaikan secara kekeluargaan. Keduanya sudah bersalaman, saling meminta maaf dan memaafkan," katanya. - Agensi