Rundingan kerusi PH hampir selesai
Iklan
PKR, parti komponen sudah bersedia hadapi PRU15
PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, rundingan kerusi dalam Pakatan Harapan (PH) dan sesama parti komponen ketika ini sudah hampir selesai selain persiapan juga dilakukan dari segi logistik, bendera dan sebagainya.