Malaysia tertinggal ‘kapal’ jika unjuran RMK12 melebihi tahun 2027
Iklan
RANCANGAN Malaysia Ke-12 (RMK12) yang akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara perlu segera dilaksanakan kerajaan baharu dalam masa terdekat bagi mengelakkan Malaysia tertinggal ‘kapal’ dari sudut pemulihan ekonomi dan pembangunan masa hadapan.
Pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, pelaksanaan RMK12 perlu dimulakan segera dalam tempoh lima tahun ke hadapan memandangkan waktu itu merupakan tempoh terbaik untuk memastikan kadar pertumbuhan ekonomi negara meningkat pesat.