Formula imuniti kelompok tidak lagi relevan, misi kini vaksin seramai mungkin rakyat
Iklan
SHAH ALAM - Pakar kesihatan senada dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar tidak lagi menggunakan formula konvensional dengan menilai imuniti kelompok dalam usaha membendung Covid-19 di negara ini.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, kemunculan varian Delta menjadikan formula imuniti kelompok yang menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi penduduk divaksin sudah tidak relevan.