Pembangunan hutan ala pembalakan ‘cuci mangkuk’ tidak wajar
Iklan
NGO gesa lakukan semula kajian EIA melibatkan Hutan Simpan Gunung Inas, Hutan Simpan Gunung Bongsu dan Hutan Simpan Rimba Teloi
ALOR SETAR - Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek pembangunan hutan yang diluluskan di Hutan Simpan Gunung Inas, Hutan Simpan Gunung Bongsu dan Hutan Simpan Rimba Teloi perlu dilakukan semula berdasarkan keadaan semasa bagi membolehkan penduduk menilai apa yang dilaporkan pihak pemaju.
Wakil Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Cawangan Kedah, Mohd Sobri Ramlee berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan perlu mengkaji semula pembangunan ladang hutan yang menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk serta alam sekitar.