Sindiket curi identiti, kemudian perdaya rakan-rakan mangsa
Iklan
- Identiti pegawai seorang ahli Parlimen dicuri sindiket - Hantar mesej kepada menteri, ahli korporat, rakan kononnya ada masalah kewangan - Sindiket guna beberapa akaun bank atas beberapa penama - Jumlah kerugian mangsa RM35,000
SHAH ALAM - Sindiket penipuan wang terus berleluasa apabila pemangsa bertindak mencuri identiti dengan menggunakan nama dan juga gambar menerusi aplikasi media sosial bagi mendapatkan sejumlah wang daripada kenalan mangsa.
Pegawai kepada seorang ahli Parlimen, Mohd Khairul Rizzuan Abu Hassan, 36 yang merupakan mangsa terbaharu kepada sindiket itu berkata, dianggarkan sebanyak RM35,000 telah diberikan oleh kenalannya termasuk menteri, ahli korporat dan rakan terdekat ke dalam akaun sindiket terbabit.