MCA kesal PH terus tabur janji palsu

Iklan
Jeck Seng menyantuni penduduk di Pasar Pagi Pekan Nanas hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PEKAN NANAS - MCA kesal dengan sikap kerajaan Pakatan Harapan (PH) berterusan menabur janji-janji politik sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai meskipun gagal melunaskan janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Calonnya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng tidak menyangka kerajaan PH sekali lagi menipu dengan menjanjikan pelbagai insentif kepada pengundi sekiranya mereka mengekalkan kerusi pilihan raya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PH melalui calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta menghentikan usaha menabur janji kosong sebaliknya perlu menunaikan janji PRU14 demi kepentingan penduduk Tanjung Piai.

"Ya, kerajaan dah janji banyak manifesto apatah lagi satu bulan ini dah tabur banyak janji.Tapi janji manifesto PRU14 banyak belum tunai. Dia tabur 1 bulan banyak janji. Tak sangka kerajaan sekali lagi tipu kita (PRK kali ini).

Iklan

"Jangan tabur janji kosong, kena tunaikan janji demi kepentingan warga Tanjung Piai," katanya kepada media pada program walkabout menyantuni rakyat di pasar pagi Pekan Nanas, pagi ini.

Jeck Seng bersama salah seorang pengunjung Pasar Pagi Pekan Nanas hari ini. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Beliau turut menolak dakwaan Parlimen Tanjung Piai adalah kubu kuat PH susulan terletak berdekatan dengan Parlimen Johor Bahru.

Iklan

Dalam pada itu Dr Jeck Seng berkata, pihaknya turut berkeyakinan peluang melakukan 'comeback' pada PRK kali ini amat cerah berdasarkan kelebihannya sebagai anak tempatan.

"Setiap orang kenal saya. Rapat, macam kawan. Saya yakin boleh buat 'comeback' cuma saya harap kali ini pengundi dapat membantu saya dengan memberikan sokongan diperlukan," katanya.