28 peratus pencarum hanya ada kurang RM1,000
Iklan
Melibatkan seramai 3.6 juta pencarum KWSP berusia 55 tahun ke bawah
SHAH ALAM - Seramai 3.6 juta atau 28 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000 di dalam akaun satu dan dua selepas Covid-19.
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, perkara itu amat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila ramai ahli KWSP telah mengurangkan, malah mengosongkan simpanan persaraan mereka ketika pandemik akibat desakan hidup.