UMNO rugi kalau tolak kerjasama Bersatu, PN: MPT Bersatu
Iklan
SHAH ALAM - Pertembungan tiga atau lebih penjuru pada pilihan raya umum Ke-15 (PRU15) sebenarnya akan merugikan UMNO sendiri sekiranya mereka masih berkeras untuk enggan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, hal ini kerana pertembungan UMNO-PN bukan sahaja menyebabkan perpecahan undi Melayu, bahkan merisikokan UMNO kehilangan kuasa selaku parti yang memerintah kerajaan.