Kes Covid-19 bawah 10,000 bukan petanda boleh menarik nafas terlalu lega
Iklan
SHAH ALAM- Setelah dua bulan kes Covid-19 sentiasa di paras kritikal dan membimbangkan, hari ini pada 3 Oktober mencatatkan kes kembali di bawah angka 10,000 iaitu 9,066 kes baharu.
Pakar Kesihatan Persekitaran Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, ini merupakan perkembangan yang baik tetapi ia bukan petanda masyarakat boleh menarik nafas terlalu lega.