Adakah masih terlalu awal benarkan rentas negeri?
Iklan
Pakar cadangkan sekiranya letak syarat buat saringan pergi balik jika buka rentas negeri
SHAH ALAM - Cadangan kerajaan untuk membenarkan kembali pergerakan rentas negeri setelah liputan vaksin dewasa mencapai 90 peratus kini semakin hampir apabila kadar vaksinisasi semasa sudah melebihi 87 peratus setakat Ahad.
Walaupun ramai yang tidak sabar menanti kelonggaran tersebut, namun segelintir pakar turut berpendapat keputusan pembukaan sepenuhnya rentas negeri masih terlalu awal kerana jumlah kes harian Covid-19 di Malaysia masih tinggi.