Hang Jebat 'bubarkan' kerajaan negeri Hang Tuah
Iklan
SHAH ALAM - Sah! Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 akhirnya bubar rentetan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) blok kerajaan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada Isnin.
Perkara itu disahkan oleh Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang memaklumkan pembubaran DUN mendapat kelulusan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.