Kisah teksi dan prebet sapu
Iklan
Di Malaysia, teksi sinonim dengan bumbung kuningnya. Warna badan mungkin hitam, merah dan sebagainya tetapi bumbung tetap berwarna kuning. Tetapi itu dulu, sekarang keadaan berbeza.
JARAK antara Puduraya (kini Pudu Sentral) dengan Pasar Seni atau Central Market bukanlah jauh. Mungkin sekitar satu kilometer. Kalau berjalan kaki mungkin ambil masa antara 12 hingga 15 minit saja. Itu pun termasuk waktu berhenti minum air soya di Petaling Street.
Tetapi tahukah anda, untuk jarak sedemikian dekat, saya pernah terpaksa membayar tambang sebanyak RM25. Diulangi − RM25.