‘Nak rentas negeri, lebih baik ada syarat’
Iklan
SHAH ALAM - Aktiviti rentas negeri yang bakal dibenarkan tidak lama lagi perlu disertai dengan beberapa syarat bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Pakar Kesihatan Awam dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, antara syarat yang wajar ditetapkan ialah menjalani ujian kendiri Covid-19 khususnya kepada individu yang tidak boleh atau memilih untuk tidak divaksin.