Parti baharu tidak beri kesan kepada dominasi UMNO
Iklan
SHAH ALAM - UMNO dijangka terus kekal menjadi parti dominan walaupun dengan kemunculan pelbagai parti baharu kerana jenamanya yang kukuh, selain kekuatan lebih tiga juta ahli dan jentera akar umbinya yang sudah mantap.
Penganalisis Politik, Dr Jeniri Amir berkata, penubuhan parti baharu tidak akan memberikan apa-apa kesan kerana bukan mudah untuk menggerakkan sesebuah parti memandangkan ia memerlukan kepimpinan yang ampuh dan dapat mempengaruhi akar umbi.