Dulu teman berdikir, kini teman berzikir
Iklan
BARU-BARU ini sebaik sahaja memberi salam, saya terpandang sisi tubuh seseorang yang saya kenal di saf hadapan. Dia kelihatan sedang berdoa. Hati saya berbolak-balik sama ada hendak menegurnya atau tidak. Tak berani menerjah kerana tidak mahu tersilap orang.
Sambil menunggu dia selesai berdoa, saya membuka telefon lalu terpandang sebuah mesej. Ia berbunyi, ‘Din, aku dekat surau Malakat Mall. Kalau hang free, aku ingat nak jumpa hang.’